4/9/11

Di Sudut Itu

Sepi ku disudut itu,
Mengenangkan semalam,
Menghitung kesalan,
Menangisi ketiadaan,
Merungkai seribu soalan.

Apa mahu mu,
Bertandang tak diundang,
Bertanyakan semalam,
Bersoalkan esok,
Bersemikan harapan.

Mungkin diketika ini,
Sebias sinar cukup untuk mengaburi,
Sejalur gelap cukup untuk membayangi,
Rasa yang tidak dirasa.

Mungkin esok kau datang lagi,
Meski tidak ku hirau lagi.

No comments:

Post a Comment